Saturday, September 20, 2008

ahli keluarga baru

Bulan ogos yang lalu, mak yam terima cucu sorang lagi.. Alhamdulillah... srikandi Kak Yati ni diberi nama Fatin Amna Aleesya.. Pergh!!.. anak2 zaman sekarang nama sikit punya sedap & panjang..hehe.. jangan marah ek kak yati.. maknanya sekarang cucu-cucu makyam dah jadi 32 orang semuanya... ramai tu.. bengkok la makcik & pakcik nak bagi duit raya tahun ni..hehe..

Semoga Fatin Amna Aleesya menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah & ummi.. hamba Allah yang bertaqwa & menegakkan syiarNya di muka bumi ini.. insyaAllah... AMIIN...

Saturday, September 06, 2008

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan al Mubarak buat semua..

Moga kita mengambil kesempatan di bulan mulia ini, bulan yang penuh keberkatan, untuk kembali kepada Allah.. Mendidik diri menjadi Hamba Allah yang meletakkan setinggi-tinggi kecintaan kepada Allah.. kerana dari cinta kepada Allah itulah segalanya bermula..

Buat adik beradikku,
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna,
manfaatkanlah sebaiknya,
kerana Ramadhan akan datang belum tentu lagi akan bertemu...

Salam Ramadhan buat semua..