Friday, November 26, 2010

Anak sedara bertambah lagi...

Alhamdulillah... Ahlan wa sahlan.. Selamat datang khalifah Allah yang baru ke muka bumi ini.. semoga kehadiranmu bakal membantu menegakkan syiar Allah dimuka bumi ini.. Selamat datang anak sedara baru.. ahli baru keluarga besar Jaafar&Mariam.. Adelia Batrisya... Tahniah buat Bahar & Iza.. Selamat datang ke alam "Ibu-Bapa" :) err.. tahun depan bertambah lagi lah ye sampul duit raya.. hehehe

UPSR 2010

Tahniah buat amin kerana berjaya mendapat 5A.. tahiah juga buat kak ita yang bertungkus lumus menyiapkan nota.. semoga terus berjaya bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak.. menjadi contoh yang  baik buat adik-adik dan sepupu-sepupu...

Tetamu Allah

Eidul Adha menjelang lagi... tahun ini kak uda & abg malik pulak di beri kesempatan menjejak kaki ke tanah suci sebagai tetamu Allah menunaikan haji.. alangkah seronoknya bila mendengar laungan talbiah.. hati melonjak-lonjak ingin turut pergi ke sana.. moga kita juga diberi kesempatan oleh Allah menjadi tetamunya.. buat kak uda & abg malik; semoga beroleh haji yang mabrur.. doakan kami juga ya :)