Friday, June 25, 2010

Keluarga yang makin berkembang

Lambat sedikit mengemaskini status terkini keluarga mak yam ni.. mencari mood untuk menulis dan mengedit gambar..
.
Keluarga mak yam berkembang lagi.. hujung bulan mei yang lalu, mak yam dapat sorang lagi cucu.. puteri kak anjang yang merupakan anak ke-6 nya dinamakan ...Fatimah aliyah al husna.. panjang juga namanye..nama panggilannye husna.. ni cucu mak yam yang ke 34 lah yek..
.
Hujung bulan 5 yang lepas juga mak yam menerima seorang lagi menantu. Nur Hudha.. lebih mesra dengan panggilan huda.. Selamat datang ke keluarga besar mak yam.. majlis sambut menantu yang diadakan juga meraikan 2 pengantin iaitu bahar & iza dan udin & huda.. semoga kalian berbahagia dunia hingga akhirat & mendapat zuriat soleh & solehah.. erk.. gambar masuk nanti ye.. blum ade mood nak menyunting gambar.. he3..